Ahad, 31 Mac 2013

Congratulations

Minggu lepas pd 23 Mac 2013 kwn serumah aku/ baik/rapat ms study telah pun selamat melangsungkan pertunangannya (tahniah,tahniah,tahniah).. xsangka aku secepat ini dia bertunang.(sbrnya aku yg ketinggalan ehe..)

masa aku dtg umh dia tu setau aku, aku yg plg last (kata kasarnya majlis dah hbs br tnjuk muka) keh2. nsb baik kwn aku sporting, yela at least dtg menunjukkan bahawasanya masa dan jarak bkn penghalang cewahh..

Aku doakan semoga beliau akan kekal bahagia hingga akhirat..amin





p/s: bile plak la turn aku ni agaknye 

Sabtu, 15 September 2012

Kuala Gandah

Gajah yang sgt baik hati dan jinak ni tak silap aku nama dia anum. beliau merupakan anak yatim dan djumpai kt hutan dlm keadaan bergelandangan dan baru kene gigit rimau. mcm drama plak cite tp tu yg penjaga dia cerita, maka aku pun ulang balik ayat tu.

gajah kat sini mmg jinak2 belaka, pandai posing plak tu. aku yg mula2 takut2 pun jadi ketagih nak bagi makan pisang. punyelah friendly tu smpai aku rasa nak masuk je dlm kandang tu nak buat peace (kalau tak kene pijak la).




Pameran Udara TUDM di subang


Sempat aku bergambar dgn pilot sebuah jet (pilot ke?) yang mana kwn aku konfiden 200% cakap tu jet sukhoi.

aku tak kisah la jet tu nama jenab sekalipun yg penting aku dpt bgambo. dan tu satu2nya gambo yang aku bergambo tiada gambo lain, melainkan gambo tu je yg aku bergambo dan bukan dlm gambo org lain yang amik gambo.

kesimpulannya - aku tak kenal jet dan pilot tu, tp aku saje2 nak letak kat sini


Selasa, 22 Mei 2012

Ada apa pada Nama

    Nama yg tertera dalam ic aku Nur Hidayah Bt Zairudin. Nama yg sgt normal utk org biasa mcm aku. mengimbau kenangan zaman kecil aku, dgn sepupu2, kawan, selalu je nama aku ni jadik bahan. joyah, gayah, dayak, stendet la ms kecik2 smpai aku rasa mcm nk tukar nama je. nama kwn plak tu cnggih2, phergh rasa mcm kampung sgt la time tu. aku mcm pnh request ngn mak aku, "mak kalo tukar nama lain boleh ke mak?" sambil buat muka serius. mak aku xjwb pn, dia jeling je. aku tnya lg, "mak dyh pnh baca, kalau nk tukar nama kne buat prosuder angkat sumpah ke mak?" elemek soalan aku mcm intelligent plak. mak aku aku ni klu mls nk lyn, dia blah je. maka sperti terkubur harapan aku.

    Kenapa la mak aku bg nama xcanggih ye mcm org lain. knp nama org lain cnggih2, nama aku ni nmpk mcm xbest je dgr. lalu aku pnh trfikir, aku kne angkut nama ni selama2nya ke? smpai ke situ rasa xbersyukur aku. sllu sgt aku terpikir knp mak bg nama xbest. seiring dgn usia, dgn sndirinya aku terlupa dgn krisis nama ms kecik. Masa terus berlalu, sedar xsedar aku dh masuk belajar dan byk perkara baru yg aku lalui.Yes perkara baru. Sesi orientasi yg menjerihkan tapi sgt manis. ahaa sesi suaikenal yg plg aku menyampah. dhla aku ni penyegan, pemalu, plak tu rmai org. "Saya nur hidayah binti zairudin, asal cheras dan amik kos islamic banking, bla bla bla.. " ''oo hidayah sedap nama tu, maksudnya cahaya petunjuk bukan?" soal ustaz tu. dgn xsemena2 aku rs mcm nk riak pun ade. aha betul la tu ustaz, mmg bercahaya wakakaka (dalam hati).





       Norhidayah, Siti Nurul Hidayah, Nurul Hidayah, dan aku Nur Hidayah. tu diaa ad 4 org nama yg sama dlm kelas aku. rupnya byk jugak nama hidayah ni, jadinya mak aku ni normal la letak nama hidayah, dan aku rasa mcm kembali normal (sejak bile plak aku cacat). sblm ni aku malu nak guna nama nur hidayah, tp situasi skrg dh berubah. mungkin tu pndgn aku sndiri dan tu cerita 3 4 thn lepas. itu telah banyak mengubah perspektif aku terhadap nama. pilihan nama tu terletak pada mak ayah, sama ada nak yg nmpak cnggih, sedap dn punya makna. mungkin mak meletakkan nama tu sebagai doa @pn trend nama yg mengikut zaman, atau pengaruh dari mana2 sekalipun itu terpulang. bila aku dah dewasa dn boleh berfikir secara matang, betapa bersyukurnya aku punya nama yg sgt indah maknanya. kdg, bila terserempak dgn satu papan tanda Masjid Al-Hidayah, Surau Al Hidayah maka aku lebih mengerti sesuatu yang indah tu letaknya haruslah di dijaga dn diletakkan di tempat yang baik2 juga.

Selasa, 31 Januari 2012

~Emak~


Orang kata, kalau muka mak dan anak perempuan tu seiras,, maknanya PANAS. PANAS pada pemahaman aku mungkin tak serasi, tak sebulu, tak spendapat, @ segla jenis tak yang berkaitan. hakikatnye, ye jugk agaknya sbb org ckp aku ni seiras mak (kalau bukak spek kot).. 

Mungkin sekadar kebetulan, aku pn xdelah rapat dgn mak mcm org lain, tapi mak aku masih berperanan sbg seorg mak yg sgt berkualiti di mata aku (maklumlah mak kite).. cuma dr sudut pendengar, peluah, kawan, @ teman rapat, sememangnya msh ada jurg atra kami. pemikiran mak aku ni boleh dkatakan agk konservatifl. maka sedari kecil, aku telah terdidik secara minda bahawasanya ada had dan keterbatasan sebagai seorang perempuan. teringat zmn hingusan dlu sbnrnya aku ni tmboy, kasar, brutal, rockers, terlebih horman jantan agaknya, maka di situlah didikan mak aku berperanan. nampak luaran mcm rock kental tp sbrnya pemalu (hek eleh ad tmn upenye)..

Pd pndpt aku lah, ciri2 anggun yg terletak pd seorg wanita adalh sifat malunya. tetapi pemalu itu juga haruslah bertempat, begitu juga dgn sifat berani, bijak, slamber, dn kurg pandai.. sifat malu juga pd aku scr peribadi, seperti satu garisan @ dinding yg letakkan had keterbatasan sbg seorang perempuan @ dmana maruah perempuan itu seharusnya dletakkan.  
kesimpulannya... malu itu bersifat pelindung?

Berbalik kpd mak td, meskipun aku jrg rujuk dgn mak, setiap kali aku melalui kesulitan, mak org pertama yg rasa susahnya. setiap kali lepas tu mesti aku rasa lega. walau jurang macam mana pun mak masih di sisi. 

P/s-  "mak masa sebaya ko ni ngah, dah ada 3org anak dah"

         "zaman kita tak sama mak"~~ ( tersengih smbil hati kering )

Tambah kapsyen

Hari Ini Dalam Sejarah (1 feb 2012)

Asslamualaikum warahmatullahiwabaraktuh..

kenapa hari ini dalam sejarah? kenapa bukan hari lain? selain cuti wilayah, hari ni utk pertama kalinya aku menerbitkan blog sendiri. cewah,wpun aku sndiri je pun yg baca. aku percaya, rmai yg jadikan laman sosial sbg medium yg paling berkesan utk ber"connecting" dgn mcm2 makhluk, contoh yg plg popular, skg ni of coz la fb, twitter, tagged, dn sewaktu dgnnya.

Atas faktor peredaran masa, pengaruh kwn2 serta trend semasa yg menjadikan perkara ini mcm wabak, dn wajib utk setiap org, maka aku adalah slh seorg remaja tua (remaja?) yg rasa2nya berkecimpung mula2 sekali dgn gelombang friendster, myspace tp waktu tu peranan friendster dgn myspcace cuma sekadar menambah kenalan, @ plg tidak pun sbg saluran bg newbies2 @ band yg xdkenali yg nak tunjuk bakat dalam penghasilan lagu. tp sekali lg masa itu terus berkembang, begitu juga peranan social networking, yg mana peranan itu ber"evolusi" dgn jayanya yg mana pada hari ni, kelebihan fungsi networking itu sndiri menjadikan laman2 ini sbg tmpt berbisnes, suai kenal, meluaskan cabang pengetahuan, melancarkan gerakan mainstreem, mendukung @ membentuk pertubuhan dn yg plg femes, reunion ngn kwn2 skola lama. cukup hebat peranan itu.

Dlm byk2 medium spt youtube, website, forum, @pn lmn sosial mahupun blog, aku tidaklah cenderung berblogger mcm org lain. mngkin atas fktor aku sndiri yg jrg terjebak dgn blog @ fungsi blog itu sndiri yg buat aku rasa kat forum pun dh melengkapi sumbangan blog. pasti tertanya2 kalau begitu, knp tiba2 wujudnya Hari Ini Dalam Sejarah? yeaa.. aku terjumpa satu jurnal yg byk entry.. perkongsian pengalaman, perasaan, luahan,pendapat, dan segala bentuk perasaan harmoni yg terkesan dlm jiwa, wpun berbicara soal kucing. dan bukan kucing yg jadi tema subjek, tp naluri insan yg sgt jujur seolah aku berada dtmpt beliau. 

By the way, terima kasih kpd kawan yg baik hati, yg jadi tutor aku dlm merealisasikan blog yg ni. aku anggp ini adlh diari secara maya, dan berkongsi rasa. aku mmg buta kayu psl IT, tp tuhan kurniakan rmai teman yg sudi membantu.Syukran jazilan